MEMBER

Selamat Hari Raya Aidil Adha  

Dicatat oleh Putera Iman

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua kaum umat islam seluruh dunia. Ini juga meningatkan kita dengan kisah diantara Nabi Ismail a.s. Dan Nabi Ibrahim a.s. Peristiwa kedua merupakan ujian Allah s.w.t. ke atas Nabi Ibrahim agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s yang berakhir dengan penyembelihan seekor kambing biri-biri sebagai ganti kepada anaknya.
Peristiwa ini menunjukkan betapa patuhnya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi arahan yang diberikan oleh Allah tanpa rasa ragu-ragu mahupun curiga:
Nabi Ismail a.s. berkata: ``Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'' (Ash-Shafaat:102)

KETENANGAN MEMBAWA KEBAHAGIAAN YANG SEJATI DAN HAKIKI  

Dicatat oleh Putera Iman


Sebagai hamba yang digelar “ insan” , kita ini tidak dilahirkan di dunia ini dengan sempurna (perfect) . Kita ini dihidupkan adalah untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Tapi sebaliknya kita ini hidup senang-lenang sahaja di atas muka bumi ini, yang merupakan hak-Nya. Adakah ini dinamakan insan yang bergelar Islam? Jadi, disini saya ingin mengajak pembaca berfikir sejenak tentang diri kita ini. Ingat !!!!! kita ini hanyalah sementara sahaja disini (bumi) , tempat yang kekal kita adalah di akhirat sana.

Kita hidup ini diatas muka bumi ini haruslah saling ingat dan mengingati bukannya masing-masing mendiamkan diri sahaja. Saya disini pun tidak berani untuk menegur sesiapa termasuk diri saya sendiri, saya fikir dengan kaedah ini kita dapat munasabah diri kita yang bergelar manusia. Perkara pertama yang perlu kita ingat ialah tentang Rukun Islam dan Iman. Cuba kita tanya setengah umat islam yang berada di sekekiling kita ini tentang Rukun Islam dan Iman, Insya’ Allah boleh jawab tapi adakah dia beramal apa yang di ucap dan hafalkan itu?

Apa yang harus kita ketahui disini ialah kedua-dua rukun itu ibarat rukun negara kita juga atau pun rukun solat kita, jika tidak cukup isi kandungan yang terdapat dalam rukun itu adakah ia dikira sempurna? Sama juga dengan rukun Islam dan Iman ini jika kita tidak beriman atau memenuhi semua isi kandungan itu ia adalah dikira bukan sempurna bagi dia bergelar umat islam. Kalau kita mampu untuk mengikut semua rukun Negara inikan pula takkan rukun Iman dan Islam itu tidak mampun untuk memenuhi semua kandungannya.

Kita lihat disini, Rukun Iman Insya’allah dan jamin kita percaya semua apa yang terdapat dalam kandungan itu, jika sesorang yang tidak mempercayai apa yang dikatakan Rukun Iman itu, itu yang boleh membawa seseorang itu songsang dan sesat dan kerana itu juga ramai juga yang murtad. Untuk kita percaya semuanya apa yang harus kita lakukan? Iaitu solat. Ia merupakan inti pati pada seseorang yang bergelar islam, jika seseorang berjaya melakukannya tanpa ragu-ragu, Insya’allah dia berjaya.

Tapi apa yang kita lihat mereka mengambil perkara solat ni remeh temeh sahaja. Solat ini adalah merupakan salah satu dalam Rukun Islam. Kenapa kita tidak menganggap perkara ini serius? Adakah terlalu sibuk dengan hal-hal keduniaan? Ingat itu semua perkara yang kedua tapi apa yang penting ialah Solat. Jika seseorang itu solat maka sudah terjamin bahawa kita sudah mempunyai akidah dan iman yang kental kerana kita telah mengabdikan diri kepadaNya .

Apa yang saya ingin menekan di sini ialah Solat . Cuba anda fikir kenapa saya guna istilah solat bukan sembahyang? Jawapannya, istilah sembahyang ia adalah umum, cuba kita fikir semua agama guna sembahyangkan. India sembahyang, cina sembahyang dan sekutu dengannya. Kalau istilah solat ini ia sememangnya sesuai dengan agama kita. Fikirkanlah.


Sowi tak abih gi.... tunggu sambungannya........