Hidup Ini ibarat suatu sahutan yang penuh dengan pelbagai rintangan. Hidup ini perlukan bimbingan yang teguh kerana hidup ini harus berpegang pada prinsip. Jika hidup ini tanpa prinsip maka, hidup ini hanya sia-sia sahaja. Hidup yang harus dilalui oleh semua manusia yang hidup di atas bumi ini mempunyai cara hidup dan dugaan yang berbeza. Kenapa hidup perlua ada seseorang yang membimbing kita??
kenapa? kenapa? Jawapan itu ada dalam diri anda sendiri. Hidup ini perlu ada landasan. Landasan abgi umat islam ialah al-quran. Al-quran pula di turunkan kepada Manusia melalui nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan malaikat Jibril. jadi kita harus hidup ini berpandukan al-quran yang telah diwahyukan kepada kita. al-quran ini penuh dengan pelbagai cerita disebaliknya dan mempunyai 1000 rahsia yang tersimpan didalamnya. Di dalam senaskah al-quran ini adalah merupakan kata-kata Allah yang mana selalu memberikan manusia peringatan. Kata-kata allah adalah benar-benar wujud. Allah sentiasa memerhati setiap manusia diatas muka bumi. Al-quran ini merupakan wakil dari allah sendiri. Jadi dengan itu kita hendaklah berpandukan segala yang ada di dalam al-quran. Jika manusia mengalami beberapa masalah, bahawa hendaklah kita berbalik kepada al-quran sendiri. Jadi hidup ini bukan hanya sia-sia sahaja bahkan ia mempunyai matlamat tersendiri. setiap hidup manusia ini telah diaturkan sendiri oleh Allah swt. Kita sebagai hambanya tidak boleh lari dariNya. Di dalam hidup ini juga perlukan pengorbanan yang mendalam. Pengorbanan ini adalah dilakukan untuk orang yang kita sayang. selain itu, pengorbanan kita sebagai insan. Pengorbanan yang dilakukan bairlah dengan ikhlas. Jika ikhlas bahawa pengorbanan kita itu adalah berhasil dan sebaliknya. Kenapa hidup ini perlu ada pengorbanan? pengorbanan ini adalah datang dari jiwa yang tulus. Ingat pengorbanan ini bukan sahaja sesama manusia sendiri.
Dugaan.
6 tahun yang lalu
1 ulasan